Tanpa prejudis dari jauh kami sudah kenal akan susuk tubuh gadis yang popular menerusi lagu ‘Biar Sampai Ke Bintang’ ini. Langkah penuh keyakinan gadis metropolitan ini dihayun tanpa ada perasaan gugup tidak seawal kemunculanya dalam bidang ini, alir senyum diwajahnya bagaikan ada pengkhabaran gembira dari dirinya.
“Betul ke Asmidar dah bertunang?” Nah, tanpa pembuka bicara seperti kelazimanya terus kami lemparkan satu persoalan berbentuk provokasi kepada dirinya. Nyata terkejut dengan tujahan soalan yang tidak disangka itu Asmidar kelihatan sedikit terkejut dan gugup untuk menjawab.
“Eh! bila masa pula saya bertunang, tak ada lah mana ada bertunang” Jawabnya ringkas. Sengaja kami memulakan bicara dengan haluan sebegitu untuk melihat reaksi awalnya. Tanpa melengah lagi terus kami ajukan pula persoalan tentang kekasih hatinya yang terkini.
Tika ini dapat kami rasa masih ada kesedihan dalam dirinya kepada teman lelaki yang sudah pun kembali ke rahmatullah sejak disember tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
“Sebenarnya sejak teman lelaki saya meninggal pada disember tahun lalu sampai sekarang saya masih belum ada pengantinya. Entahlah, dalam diri saya ni masih belum bersedia nak cari teman baru. Lagipun saya masih teringatkan arwah yang sudah saya kenal sejak 7 tahun lalu.”
“Puasa dan Raya tahun ini juga merupakan tahun pertama saya tanpa dia sejak tahun lalu, banyak kenangan kami sewaktu di bulan ini. Memang terasa sangat pemergian dia sebab kami memang rapat” Jelas Asmidar hiba
Ujar Asmida juga walaupun tiada jodoh diantara mereka berdua namun perhubungan dengan keluarga bekas kekasihnya itu masih terus terjalin dan menganggap semua yang berlaku ini sudah ketentuanNYA.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment