Baik Fizz Fairuz mahupun Almy Nadia nampak begitu selesa dan tiada halangan apabila pihak media mahu menyatukan mereka berdua untuk sesi bergambar semasa kedua-duanya hadir di PWTC baru baru ini. Tidak cuba bersikap hipokrit mahupun bermuka muka, keduanya nampak bersahaja dengan memperagakan gaya masing-masing dihadapan jurukamera.
Almy Nadia yang kami temui sejurus penyatuan seketika bersama Fizz menjelaskan yang diantara dia dengan bekas kekasihnya itu kini boleh berkawan seperti biasa. Jelas Almy juga walaupun hatinya pedih akibat perbuatan lampau Fizz namun perkara tersebut telah berlalu dan ingin membuka kembali lembaran baru dalam hubunganya bersama Fizz.
“Jangan salah faham maksud saya, kalau korang tengok tadi kenapa kami masih boleh bergambar bersama sebab kami masing-masing bersifat profesional. Lagipun saya tak suka bersifat hipokrit terutamanya dihadapan media”
“Bagi Almy kalau boleh hidup yang singkat ni tak nak bermusuh dengan sesiapa baik Fizz sekalipun, sebab tu Almy tak ada masalah untuk bergambar dengan dia. Lagipun kami juga baru habis Shooting bersama untuk teledrama yang bakal disiarkan di RTM.”
Apabila ditanya tentang kemungkinan jodoh mereka kembali bersatu, Almy menegaskan yang semua itu adalah ketentuan tuhan sambil tidak mahu memikirkanya lagi.
“Hal jodoh ni bagi Almy biarlah serahkan pd Allah, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Bagi Almy tak terlintas lagi dalam fikiran ini untuk kembali semula kepada Fizz & taknak mengharap, takut nanti bila mengharap nampak sangat saya yang nak balik dengan dia”
Ujar Almy juga walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Fizz namun hubungan akrabnya bersama keluarga bekas kekasihnya itu terutamanya Ibu Fizz tetap utuh terjalin dan masih berhubung bertanyakan khabar.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment