Saya Tak Kisah Pun Apa Orang Nak Kata – Lana Nordin

Sempoi jugak Lana Nordin ini rupanya. Walaupun dikecam hebat kerana khabar angin dirinya ditangkap tidak berpuasa baru-baru ini, Lana menganggap perkara tersebut hanyalah perkara kecil dan sudah lali dengan kontroversi sebegitu.
lana nordin
Kata Lana Nordin kepada Mstar Online:-
Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata. Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya.
lanaMenariknya, Lana turut mengakui yang dirinya sering ke kelab malam dan sudah biasa dengan tanggapan negatif orang ramai terhadapnya. Kata Lana lagi:-
Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran. Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa

Hmmmmm. Mungkin selepas ini Lana boleh cuba pergi ke surau dan majlis-majlis kebajikan pula. Jangan hanya pergi kelab malam je. Pasti tanggapan orang ramai terhadap Lana akan berubah. Kalau dah pergi ke kelab malam, mestilah orang pandang serong. Tak kisahlah apa yang dibuat di dalam kelab malam tersebut. Tak gitu?
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment