Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya petang tadi. Pasangan itu disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Pasangan tersebut selamat diijab kabulkan dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Marriott Putrajaya di sini hari ini.
Hattan dan Arianie sebelum ini pernah bernikah pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman sebelum berpisah dengan talak satu pada 10 Mac 2005.
Jutaan tahniah diucapkan buat Hattan dan Arianie atas perkahwinan ini. Semoga mahligai yang dibina buat kali kedua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Info asal Utusan Malaysia.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment