Umum mengetahui perhubungan yang terjalin hampir 1 tahun diantara Awi Rafael dan juga Hanez Suraya sudah menemui titik noktahnya baru baru ini. Khabarnya faktor kesibukan kedua dua pihak menjadi punca kenapa perpisahan ini sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Dari riak wajah Awi yang kami temui baru baru ini di PWTC masih menampakkan rasa kasih kepada bekas cintanya itu namun sudah takdir perpisahan jua yang terjadi. Jelas Awi walaupun mereka kini sudah tidak bersama namum hubungan itu masih diteruskan dengan ikatan sebagai sahabat.
“Antara Awi & Hanez kami berdua masih lagi berkawan, tapi tidak macam dulu. Jujurnya Awi masih tidak boleh lupakan dia. Walaupun hubungan kami sudah berakhir Awi anggap itu semua sudah jodoh dan tidak ada sebab kenapa Awi perlu bersedih”
Apabila ditanya benarkah keputusan untuk berpisah ini dibuat oleh dirinya kerana menganggap Hanez sebagai satu bebanan untuk dia terus maju dalam bidang ini, Awi pantas menidakkanya.
“Walaupun perpisahan ini terjadi kerana kesibukan kerja diantara kami berdua tapi saya tidak pernah menganggap Hanez sebagai bebanan apatahlagi sebagai persinggahan seperti yang didakwa orang ramai. Awi datang ke Malaysia untuk bermain muzik dan itu yang akan Awi fokuskan pada masa sekarang.” Ujar Awi Rafael
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment