Ish, ish, dan ish sekali lagi. Siapalah yang sanggup menyebarkan cerita kononnya Rozita Che Wan bersikap “queen control” terhadap Zain Saidin. Nampak sangat tak logiknya. Sekali pandang pun tau Che Ta ini seorang yang lemah lembut dan tak suka mengarah orang. Takkanlah Che Ta sanggup nak kongkong Zain yang merupakan bakal suaminya itu.

Berkata kepada Mstar Online, Che Ta dengan tegas menafikan perkara tersebut. Malah bakal pengantin baru ini sendiri pelik entah daripada mana timbulnya cerita sebegini. Kata Che Ta:-
Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja. Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini

No comments:
Post a Comment