Zahida Rafik. Satu nama yang tak lekang daripada kontroversi dan seringkali dikaitkan mempunyai hubungan dengan orang kenamaan. Sebelum ini, ada khabar angin bertiup mengenai hubungannya dengan Datuk Seri Shafie Apdal. Namun Zahida telah tampil dan membuat penafian mengenai dakwaan tersebut sekaligus membuatkan ramai tertanya mengenai jejaka yang berjaya mencuri hatinya.
Hari ini menerusi Harian Metro, Zahida Rafik membuat pengakuan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tahun hadapan. Menariknya, sudah 8 tahun hubungan mereka berdua terjalin. Memang lama benar menyulam cinta. Kata Zahida:-
Saya sudahpun mempunyai teman istimewa yang juga seorang ahli perniagaan yang dikenali sejak 8 tahun lalu. Insya Allah kami juga merancang berkahwin tahun depan.Saya rasa tidak perlu mendedahkan identiti si dia buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan dia hanya orang biasa dan bukan berstatus Datuk mahupun VIP. Si dia juga baru berusia 41 tahun, masih bujang dan bukan suami orang.
Alhamdulillah. Untunglah Zahida dapat ahli perniagaan yang masih bujang. Bukan senang nak jumpa. Lagi untung kerana kekasih hati Zahida jenis memahami walaupun dirinya sering ditimpa gosip. Tambah Zahida lagi:-
Fuh~~ Semoga Zahida dapat menjaga kekasih hatinya elok-elok sehingga hari perkahwinan kelak. Orang baik selalunya sering dingorat oleh awek-awek lain. Kalau boleh, cepatkan lagi perkahwinan. Apa pun, semoga segala persiapan dan perancangan Zahida akan berjalan seperti yang dimahukan. Sama-sama kita doakan.Maklumlah sudah 8 tahun kami menjalin hubungan dan pastinya sudah kenal hati budi masing-masing. Apa yang penting, dia seorang yang sangat memahami dan saling percaya dan menghormati antara satu sama lain dan itulah yang menyebabkan hubungan kami mampu bertahan sampai sekarang. Apa saya gosip yang dikaitkan dengan saya, tidak perlulah kami melatah kerana semua gosip itu tidak betul.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment