Setelah berdiam diri sejak Ahad lalu, Aeril Zafrel tampil menerusi Mstar Online untuk menafikan dakwaan perkahwinannya dengan Ummi Nazeera. Sama seperti penjelasan Ummi, Aeril menjelaskan bahawa mereka berdua tidak pernah bertemu dan hanya berhubung menerusi media sosial sahaja
Jelas Aeril Zafrel:-
Jelas Aeril Zafrel:-
Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya.Secara jujurnyanya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya.
Aeril juga turut memberitahu yang kehidupannya kini lebih bahagia di samping isteri dan anak tercinta selepas kontroversi yang melanda dirinya:-
Secara jujur, Abang Nara kurang sikit percaya dengan kata-kata Aeril selepas penafian perkahwinannya dengan Wawa Zainal sebelum ini. Namun Ummi Nazeera turut sama memberikan kenyataan yang serupa. Jadi memang benar rasanya ini satu dakwaan yang salah dan hanya serkap jarang sahaja. Semoga semua pihak berpuas hati dengan penjelasan ini.Alhamdulillah kehidupan kami kini bahagia dan tenang, Wawa tinggal dengan saya di sini dan anak kami semakin membesar dan sihat.Kalau boleh biarlah masyarakat mengenali kami sahaja dan saya mahu dia membesar dalam dunia dia sendiri tanpa melibatkan sebarang publisiti.Setiap yang berlaku ada hikmahnya, selepas isu ini apa yang saya lihat lebih ramai yang memberi sokongan kepada kami.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment