Inilah namanya rezeki anak. Memang benarlah kata-kata bahawa anak itu pembawa rezeki. Kalau sebelum ini Diana Danielle dan Farid Kamil telah mengikat kontrak bersama Astro untuk pendedahan ekslusif anak mereka, Yasmin Hani dan suami turut sama berbuat perkara yang serupa.
Pendedahan ekslusif mengenai nama, gambar dan butiran lanjut anak sulung lelaki Yasmin Hani akan ditayangkan menerusi program Celebrity Maternity tidak lama lagi. Oleh kerana itu, buat masa ini sebarang perkongsian tidak boleh dilakukan olehnya kerana takut melanggar kontrak. Kata Yasmin:-
Pendedahan ekslusif mengenai nama, gambar dan butiran lanjut anak sulung lelaki Yasmin Hani akan ditayangkan menerusi program Celebrity Maternity tidak lama lagi. Oleh kerana itu, buat masa ini sebarang perkongsian tidak boleh dilakukan olehnya kerana takut melanggar kontrak. Kata Yasmin:-
Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program berjudul Celebrity Maternity di Astro nanti.
Namun begitu, Yasmin Hani telah berkongsi keterujaan dan kegembiraannya setelah bergelar ibu. Kata Yasmin kepada Harian Metro:-
Pasti hari-hari yang mendatang akan lebih menggembirakan dan mengujakan buat Yasmin Hani apabila melihat anak membesar di depan mata. Semoga si comel milik anda akan membesar dengan sihat sejahtera. Tak sabar rasanya nak melihat kecomelan wajah anak Yasmin Hani menerusi program Astro. Harap Yasmin akan sudi berkongsi tarikh tayangannya kelak.Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini.Alhamdulillah anak saya lahir ‘ngam-ngam’ dalam tempoh 40 minggu. Memang tarikh 12 November itu tepat seperti jangkaan. Semuanya OK, bayi sihat dan cukup sifat. Malah saya juga tak sabar balik ke rumah untuk jalani proses berpantang secara tradisional dengan pantauan emak.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment