Tidak dapat dipastikan berapa ramai sebenarnya dari pembaca BN yang mengikuti program Akademi Fantasia (AF) musim terbaru. Sebelum ini timbul kontroversi apabila Rafidah Ibrahim dikeluarkan dari senarai peserta akhir kerana giat memberi komen tentang program itu yang dilihat seolah-olah perbuatan ‘melobi’ undi.
Yang terbaru, salah seorang juri pertandingan itu, Roslan Aziz dikecam kerana merujuk kepada dua orang penari latar sebagai ‘beruk’ dalam ulasannya tentang persembahan program tersebut. MelaluiUtusan Online, Roslan telah memohon maaf atas keterlanjurannya.
Sejujurnya saya amat kecewa, ia tidak seharusnya berlaku. Saya akui ia memang suatu kesilapan daripada pihak saya dan saya memohon maaf atas kekhilafan tersebut.Namun saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana apa yang berlaku adalah disebabkan saya terlalu beremosi sewaktu menyaksikan persembahan tersebut
Mungkin ada juga benarnya apa yang dikatakan oleh Roslan, walaupun ada yang mengatakan apa yang dilakukan Roslan adalah sekadar gimik untuk menaikkan rating program AF yang didakwa tidak sepopular era awal penganjurannya.
Apa pun jika benar dia beremosi diharap Roslan tidak mengulanginya lagi kerana ia contoh tidak baik terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja yang turut menonton pertandingan tersebut.______________________________________________________
No comments:
Post a Comment