Jika bukan komen berbaur lucah dari lelaki gersang yang melihat apa yang sepatutnya tersirat di tubuh badan seseorang artis tempatan apa lagi komen yang kamu mahukan?
Pujian? lupakan. Sering memaparkan gambar yang memberahikan dilaman sosial terutamanya instagram, mencetuskan rasa ghairah buat segelintir pengikut instagram pelakon, Lana Nordin. Komen yang berbaur lucah sering kali melekat setiap kali gambar pelakon itu dimuatnaik.
Hal ini menjadi kerimasan buat Lana apabila menganggap komen – komen yang berbaur lucah dari pengikutnya adalah perkara yang bodoh.
“Saya sebenarnya tak jadi masalah kalau ada peminat yang nak komen di instagram ataupun Facebook saya, cuma saya tak boleh orang yang komen dengan cara yang kurang ajar dan komen benda-benda yang lucah”
“Saya boleh je terima teguran, tapi kalau di diamkan perkara seperti ini saya percaya ianya akan berlarutan. Apa yang saya harapkan agar peminat hargailah peluang untuk dapat jadi pengikut saya di Instagram dan juga yang lain. Kalau sebelum ini Instagram saya ‘Private’ diorang kata saya ni sombong tapi bila dah ‘open’ jadi lain pula ”
“Bagi saya mereka yang suka komen lucah dan yang negatif ni saja nak provok saya. Sebab diorang suka tengok saya mengamuk dekat laman sosial. Sebab tu saya malas nak layan dan anggap benda ni satu perkara yang bodoh dan setakat ini saya sudah ‘Ban’ hampir 10,000 fan di FB”
“kalau tak suka jangan follow, kalau rasa berdosa jangan tengok” Ujar Lana Nordin yang kami temui di Bukit Jalil baru baru ini.______________________________________________________
No comments:
Post a Comment