Seperti biasa, setiap minggu pasti ada isu hangat berkenaan personaliti hiburan yang ditampilkan di sisipan Bipop yang dikeluarkan bersama Berita Harian Ahad. Semalam, melalui ruangan pojoknya, Zubir telah menulis mengenai khabar angin yang didengarnya mengenai Ummi Nazeera yang kononnya teleh berkahwin dengan Aeril Zafrel.
Menurut Zubir, khabar angin yang telah didengarnya ialah Aeril mula berkenalan dengan Ummi di set penggambaran filem Penanggal yang diarahkan oleh Ellie Suriaty. Menurut sumber Zubir, ketika Aeril mendekati Ummi dia mendakwa hanya teman rapat Wawa Zainal, bukannya kekasih sedangkan pada masa itu Aeril sudah bernikah sacara syarak (tanpa dokumen) dengan Wawa Zainal pada Februari 2012 dan bernikah secara sah mengikut undang-undang pada Februari 2013 seperti yang telah didedahkan beliau dalam sidang media mengenai status perkahwinannya beberapa minggu lepas.
Tambah Zubir, hubungan mereka dikatakan rapat sejak Ummi masih melanjutkan pengajian di Australia. Mereka sering berhubung melalui media sosial malah Ummi juga menukar imej kepada pemakaian muslimah kerana mengahwini Aeril dan menyesuaikan diri dengan imej pelakon tersebut.

Zubir turut mempersoalkan sikap Aeril (sekiranya gosip itu benar) yang masih menjalin hubungan intim dengan wanita lain walaupun sudah memperisterikan Wawa. Malah Ummi dikatakan turut merasa kecewa apabila mengetahui Wawa ialah isteri Aeril.
Namun semalam juga, Ummi melalui Twitternya menafikan pernah berkahwin malah menyatakan yang dia tidak pernah berjumpa dengan Aeril.
Tidak dapat dipastikan bagaimana isu ini boleh timbul namun biasanya gosip yang disampaikan oleh Zubir lambat laun terbukti kebenarannya seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini. Apa pun diharapkan gosip ini ialah sekadar khabar di angin lalu semata-mata dan bukanlah cerita benar. Apa kata anda?______________________________________________________
No comments:
Post a Comment