Tak tahu nak cakap apa mengenai kontroversi antara Erma Fatima dan Rebecca Nur Islam ini. Macam tengah tengok budak darjah 1 bergaduh sebab berebut botol air. Sepatutnya selaku orang dewasa, tunjukkanlah kematangan. Barulah orang lain akan lebih respek dan tidak memandang rendah kepada kita.
Selepas menghantar kembali duit syiling 5 sen yang diterimanya daripada Erma Fatima, kali ini Rebecca menerima duit RM1 pula sebagai bayaran saman bernilai RM11,200. Secara jujur, kan senang kalau tulis cek untuk menyelesaikan perkara ini. Nampak seperti sengaja mencipta kontroversi untuk mendapat publisiti murahan.


Rebecca Nur Islam turut meluahkan perasaannya menerusi Instagram apabila menerima bayaran tersebut.

No comments:
Post a Comment