Klasik!!! Tiada siapa sangka perkara sebegini akan terjadi. Memang di luar dugaan sungguh. Abang Nara sendiri terkejut apabila Rebecca Nur Islam berkongsi sekeping gambar duit syiling yang banyak di akaun media sosialnya. Daripada caption yang ditulis, nampak gayanya duit syiling 5 sen tersebut adalah daripada Erma Fatima, yang diarahkan membayar saman sebanyak RM11,200 kepada Rebecca.

Siapa sangka perkara sebegini akan berlaku. Nampak gaya Erma Fatima memang “sinis” juga orangnya. Rasa nak tergelak pun ada jugak. Namun Abang Nara memahami perasaan Rebecca. Mesti sedih diperlakukan sebegini.

Yang pasti, mesti Rebecca mengambil masa yang lama untuk mengira satu demi satu duit syiling tersebut. Silap-sila boleh ambil masa sehari.

No comments:
Post a Comment