Setelah selesai kes penceraiannya dengan Rita Rudaini, nampaknya Aidil Zafuan sudah mula “move on” dengan kehidupannya. Ini dapat dilihat apabila Aidil telah berkongsi gambarnya dengan seorang wanita yang dipercayai Zarema Zainal. Sebelum ini Zarema didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aidil dan Rita Rudaini dan pernah mendapat liputan meluas menerusi suratkhabar tempatan.
Sekali pandang kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Aidil dan Zarema juga dilihat telah menghadiri majlis sambutan hari jadi Nedim Nazri bersama-sama. Nampak gayanya Aidil tidak lagi menyembunyikan hubungannya dengan Zarema. Satu langkah yang bijak pada pandangan Abang Nara.
Secara umum masih tidak diketahui lagi sejauh mana hubungan mereka berdua. Adakah sekadar kawan atau sudah pun bergelar pasangan kekasih. Apa pun marilah kita doakan yang terbaik buat Aidil dan Zarema. Kalau memang bercinta, bolehlah segerakan perkahwinan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment