Erma Fatima Sindir Rebecca Di Instagram Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen

Secara jujur, kalau Abang Nara jadi Rebecca Nur Islam pun memang panas juga hati dibuatnya apabila menerima duit syiling 5 sen sebagai bayaran denda bernilai RM11,200. Berat kot nak bawak pergi bank. Silap-silap boleh terpatah bahu dibuatnya. Bukan nak menyebelahi Rebecca, tetapi perbuatan Erma ini nampak seperti tidak dapat menerima keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi dirinya.
erma fatima
Semalam menerusi akaun Instagram miliknya, Erma Fatima telah berkongsi beberapa gambar beserta caption yang menyindir Rebecca Nur Islam. Untuk makluman anda, Rebecca akan memulangkan kembali duit syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran yang diterima daripada Erma. Antara petikan kata Erma ialah “Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca“.
erma fatima
Malah selain daripada syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad beserta ucapan khas kepada Rebecca. Kata-kata dalam kad tersebut berbunyi “Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah. Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan.”
erma fatima
Namun begitu, malam semalam kesemua gambar-gambar ini telah pun dibuang daripada akaun Instagram Erma Fatima. Apabila dihubungi oleh wartawan Mstar Online mengenai gambar-gambar dan status sindiran tersebut, Erma Fatima membalas menerusi SMS:-
Maaf, saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan. Rasanya tidak perlu saya komen dan saya tidak perlukan publisiti tentang itu. Cukup-cukuplah… biar dia sorang sahaja yang gila publisiti, maafkan akak ya.
Setiap orang pastinya tidak mahu mengaku kesalahan yang dilakukan. Walaupun anda mungkin berada di pihak yang benar, namun keputusan mahkamah perlu diambil kira. Don’t be a sore loser. Jadilah orang dewasa yang matang. Kalau kita cakap orang tak matang tetapi perbuatan kita sendiri pun lebih kurang dengan orang itu, nampak sangat kita ini sebenarnya tak matang. Tak gitu? Apa pendapat anda?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment