Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali yang bakal mengakhiri zaman dudanya dengan seorang wanita warga Indonesia. Majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki bakal berlangsung pada 28 Disember ini. Safee sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012 dengan 2 orang anak hasil perkahwinan tersebut.

Di dalam kad kahwin yang telah tersebar, nama bakal isteri Safee Sali ialah Sasha. Memang padan sekali. Safee & Sasha. Muka pun ada iras. Semoga perkahwinan kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

______________________________________________________
No comments:
Post a Comment